Tuesday 15 November 2011

salam...


Melihat kepada keadaan remaja-remaja kita sekarang ni , memang malu dan menyedihkan. Terutama sekali kepada mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Janganlah jadi Islam hanya sekadar pada nama tapi perangai tidak mengambarkan cantiknya dan indahnya Islam itu.

Apabila sifat malu sudah tiada lagi maka bermacam perkara yang sanggup di lakukan.


Tampalan gambar di atas ini adalah antara contoh-contoh perbuatan hilangnya sifat malu pada remaja kita sekarang. Malah ada banyak lagi simbol-simbol atau perbuatan yang menjurus kepada hilangnya sifat malu. Mungkin kerana terpengaruh dengan budaya-budaya luar ataupun hanya mengikut sahja tanpa menyelidiki terlebih dahulu.


Simbol "Peace" ( yang ditunjuk menggunakan isyarat jari seperti V ) sebenarnya ditujukan pada bahagian kemaluan perempuan atau lebih dikenali sebagai V-Zone / V-Spot / Miss V. Jadi bila V+ Lidah Terjelir = MENJILAT KEMALUAN WANITA. Sebenarnya simbol ini digunakan oleh golongan lesbian , dan tak perlulah aku huraikan lebih panjang lebar di sini. Kalau tak percaya sila klik di SINI SINI dan SINI.

Kepada mereka yang pernah bergambar dengan melakukan aksi-aksi tersebut malah meng'up-loadkan' gambar tersebut ke dalam ruangan sosial seperti FB dan lain-lain , maka fikir-fikirkanlah.

Kepada ibubapa, seharusnya peka dengan perkara sebegini bagi memastikan anak-anak remaja kita hari ni tidak terjerumus atau terjebak dengan keruntuhan moral pada hari ini.

Menyampaikan sekadar buat peringatan...


sekian,

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.