Friday 2 March 2012

Pandangan Aku Untuk Mendaki Gunung

Bagi aku equipment yang paling penting untuk mendaki ialah kasut. Keadaan permukaan hutan hujan   mempunyai pelbagai keadaan yang berbeza mengikut altitude serta keadaan cuaca yang sentiasa berubah-rubah. Memilih kasut hiking/treking yang sesuai untuk semua keadaan lembap dan berlumpur seperti di hutan hujan bukanlah mudah. Ciri yang paling penting bagi kasut hiking ialah tapak. Bahagian tapak memain peranan yang paling penting semasa aktiviti mendaki dan menuruni..bunga tapak mestilah kasar dan mampu mencengkam permukaan tanah sewaktu mendaki serta mampu mencengkam sewaktu menuruni. Ini akan mengelakkan pendaki daripada tergelincir dan tergolek.


Ciri-ciri lain ialah kasut mestilah selesa, ringan, lasak, mudah kering dan breathable. Bagi aku kasut yang dipakai mempengaruhi mood pendakian. Kerana hiking adalah satu aktiviti yang robust n drain lot of energy, jadi apa salahnya beli yang lebih sesuai untuk keselesaan kaki kita.


Terdapat pelbagai jenis hiking boot yang ada di pasaran, pelbagai brand ada..kalau brand specialist ni macam Timberland, Columbia ..tapi harganya sangatlah mahal..mencecah rm500-600 sepasang. Terdapat juga brand lain yang lebih murah contohnya Camel Active, Adidas Outdoor, Nike, Police yang lebih murah..anggaran antara rm1xx-2xx . Nak murah lagi cari la yang bundle tapi branded ..harga antara rm4x-6x camtu..tapi pastikan tapaknya berkeadaan baik..sebab susah nak dapat yang bagus, banyak yang tapaknya dah licin. Terdapat juga jenis sandal ,tapi khas untuk hiking..kekurangan hiking shoes jenis sandal ini ialah kurang pelindungan kepada kaki dan juga pacat mudah panjat. Nak murah lagi gunalah kasut getah (kasut noreh) sepasang rm10 saja hehe tapaknya kasar. Kasut jenis ni menjadi pilihan ramai guides, tapi x stylo la..tapi aku rasa kasut getah nie lebih banyak keburukannya berbanding kebaikannya..


Saiz juga penting..elakkan saiz yang ketat atau ngam2 ..sebaiknya belilah yang sedikit longgar, kerana saiz yang ketat akan mendera jari kaki semasa perjalanan menuruni gunung di mana tekanan berlebihan kepada kuku kaki semasa membrek. Ini akan menyebabkan kecederaan yang serius kepada kuku dan jari kaki.


okey laaa 
daaa !!!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.